Wednesday 19 October 2011

Poster Canvas Cara Terbaik Pamirkan Hasil Seni Digital Anda


Penggunaan Poster Canvas untuk Pamirkan Rekabentuk Seni Digital Anda
Telah ramai pelukis kini berubah ke seni digital sebagai ganti kepada cara biasa melukis, lukisan pensil dan sebagainya. Perisian digital yang canggih ada banyak tersedia secara percuma online, ia sungguh mudah digunakan dengan komputer untuk menghasilkan hasil kerja seni yang sangat cantik yang anda boleh cetak dan pamerkan di dinding rumah mahupun pejabat, galeri lukisan atau dalam internet untuk dilihat oleh sesiapa sahaja.Bagi mereka yang tidak berpuashati dengan hanya cetakan dengan kertas biasa, canvas adalah pilihan seterus untuk memastikan hasil seni anda tahan lama untuk dihargai oleh generasi yang akan datang.
Bila anda memikirkan masa dan pelaburan yang anda lakukan untuk menghasilkan hasil kerja seni secara komputer, tentulah anda tidak mahu ia dicetak ke medium atau kertas biasa yang tidak dapat bertahan lama. Memang benar kertas biasa boleh digunakan bersama bingkai kaca dan seterusnya digantung didinding untuk memastikan ia terhindar semetara waktu dari pelbagai elemen yang boleh merosakkan. Tetapi ia tetap akan menjadi pudar atau terdapat tanda lain seperti lusuh mungkin dalam masa 10 tahun akan datang atau kurang dari itu ( walaupun ia menggunakan ink masa kini). Cetakan canvas, bagaimanapun tidak menunjukan tanda-tanda pudar dan lusuh walaupun untuk jangka masa 100 tahun, ini bermakna anda sentiasa dapat menunjukkan kepada semua orang untuk dihargai tanpa perlu risau bagaimana rupa atau keadaan hasil seni anda pada tahun-tahun akan datang.
Poster canvas adalah cara terbaik untuk digunakan kerana anda boleh mengubah hasil seni digital anda denagn hanya beberapa klik dan menghasilkan hasil kemasan yang dilihat seperti hasil lukisan tangan. Tidak kiralah apa juga jenis hasil seni digital yang anda hasilkan – retro, line drawing, watercolor dan apa sahaja – ia akan nampak cantik pada apa jua saiz poster canvas dan anda pasti merasa bangga mempamirkannya. Bagi meraka yang suka melukis, tetapi tidak mahu belanjakan wang untuk perkara yang biasanya perlu untuk lukisan tangan, seni digital adalah yang terbaik sebagai alternatif, kerana terdapat pelbagai kesan-kesan khas lukisan yang hebat dalam bentuk perisian dan anda boleh menghasilkan pelbagai cara kesan-kesan khas lukisan dan ia sama seperti lukisan tangan anda. Seterusnya anda boleh muat naik dan cetak dengan pencetak canvas dan cetaklah kepada saiz yang anda suka dan tentunya anda akan memiliki hasil kerja unik untuk dipamirkan.
Percaya atau tidak tetapi poster canvas adalah sangat sesuai dan ramai pelukis di dunia kini mereka menggunakan cara ini untuk hasil seni mereka kerana ia adalah cara termudah untuk menghasilkan kerja mereka. Pelbagai perisian-perisian seni yang anda boleh temui di internet dan ia amatkan mudah digunakan, dan anda boleh dapati sejauh mana yang anda inginkan, maka itu anda bolehlah menghasilkan hasil seni lukis seolah-olah sama seperti jenis lukisan, lakaran, atau pelbagai emosi yang anda inginkan. Seterusnya anda cetaklah pada poster canvas sebagai hasil kerja yang sempurna untuk anda dan sesiapa sahaja hargai.

mycanvasfoto admin

No comments:

Post a Comment